Dayung Viking bawa Norway ke pusingan kalah mati

Dayung Viking bawa Norway ke pusingan kalah mati

Erling Haaland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Norway bukan sahaja mencuri perhatian dengan kemenangan 3-2 ke atas Senegal, malah sambutan ikonik “dayung Viking” menjadi simbol kebangkitan mereka di pentas Piala Dunia 2026.

Kejayaan itu mengesahkan kemaraan Norway ke pusingan 32 terbaik buat kali pertama sejak penampilan terakhir mereka pada edisi 1998.

Selepas wisel penamat ditiup, kapten Martin Odegaard dan penyerang sensasi, Erling Haaland mengumpulkan seluruh pasukan di atas padang sebelum melakukan sambutan “rowing” bersama penyokong yang memenuhi stadium.

Aksi penuh emosi itu menjadi lebih bermakna apabila jurulatih, Stale Solbakken berlari ke tempat duduk penonton untuk memeluk isterinya sebelum menyertai pemain dalam sambutan berkenaan.

Pemain tengah, Patrick Berg mengakui pada awalnya ramai yang meragui sambutan tersebut mampu menjadi fenomena sepanjang kempen Piala Dunia mereka.

“Pada mulanya ramai yang tertanya-tanya sama ada sambutan ini akan kekal atau sekadar trend sementara, tetapi kini ia menjadi sebahagian besar daripada perjalanan kami di Piala Dunia.

“Melakukannya di New York adalah detik yang sangat indah kerana ia bermula di Oslo sebelum kami ke Piala Dunia dan sekarang seluruh dunia sudah mengenalinya,” katanya.

Penyerang Alexander Sorloth pula menyifatkan pengalaman berkongsi detik tersebut bersama penyokong sebagai sesuatu yang lebih istimewa daripada jangkaannya.

“Kami masih belum tahu sejauh mana kami boleh pergi dalam kejohanan ini, tetapi jika Norway mencapai tahap permainan terbaik, apa sahaja boleh berlaku dan kami mampu melangkah jauh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN