Belanda hantar Tunisia pulang tanpa mata

Belanda hantar Tunisia pulang tanpa mata

PERTAHANAN Belanda, Virgil van Dijk mengasak penyerang Tunisia, Elias Achouri pada aksi terakhir Kumpulan F di Kansas City, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Belanda meneruskan kemaraan di Piala Dunia dengan cemerlang apabila mengesahkan status selaku juara Kumpulan F selepas menewaskan Tunisia 3-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, hari ini.

Skuad Oranje menamatkan saingan dengan penuh bergaya hasil tiga mata yang mengukuhkan kedudukan mereka di puncak kumpulan dan ia memberikan amaran awal kepada pencabar lain menjelang pusingan kalah mati.

Sebaliknya, Tunisia menutup kempen yang penuh kekecewaan apabila sekali lagi dihukum akibat kesilapan sendiri, sekali gus pulang tanpa sebarang mata daripada tiga perlawanan.

Wakil Afrika Utara itu dikejutkan seawal minit ketiga apabila kapten pasukan, Ellyes Skhiri tertampan hantaran lintang Denzel Dumfries ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol pembukaan kepada Belanda.

Empat minit kemudian, Belanda menggandakan kelebihan menerusi Brian Brobbey yang mudah menolak masuk bola selepas tandukan Virgil van Dijk hasil gerakan sepakan percuma yang dirancang dengan kemas.

Tunisia cuba menghidupkan semula saingan apabila Hazem Mastouri menanduk masuk sepakan penjuru pada minit ke-54 untuk merapatkan jurang, namun kebangkitan itu tidak bertahan lama.

Hanya lapan minit kemudian, Jan Paul van Hecke kembali melebarkan kelebihan Belanda menerusi tandukan tepat hasil sepakan sudut yang diambil Tijjani Reijnders, sekali gus memadamkan harapan Tunisia untuk bangkit.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk menyifatkan kejayaan menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas kerana disiplin dan kesungguhan seluruh pasukan.

“Kami menunjukkan karakter yang baik sepanjang peringkat kumpulan. Menjadi juara kumpulan penting, tetapi tugas sebenar baru bermula.

“Kami perlu terus fokus dan meningkatkan prestasi jika mahu melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini,” katanya.

Kemenangan itu melengkapkan kempen cemerlang Belanda di peringkat kumpulan, manakala Tunisia terpaksa menerima hakikat tersingkir selepas turut tewas kepada Jepun dan Sweden dalam dua perlawanan terdahulu.

Lebih malang, kempen mereka turut dicemari kemelut dalaman apabila jurulatih, Sabri Lamouchi, dipecat selepas hanya satu perlawanan, sekali gus menggambarkan kesukaran yang dihadapi pasukan itu sepanjang saingan di Amerika Utara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN