Algeria bangkit kalahkan Jordan 2-1

Algeria bangkit kalahkan Jordan 2-1

MOHANNAD ABUTAHA menendang bola dengan penuh kecewa selepas Algeria menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan yang menyaksikan Jordan tewas 1-2 dalam aksi Kumpulan J Piala Dunia 2026 di Stadium San Francisco Bay Area, Santa Clara, California. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTA CLARA: Algeria menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas bangkit menewaskan Jordan 2-1 dalam aksi Kumpulan J, hari ini.

Jordan terlebih dahulu mengejutkan lawan menerusi jaringan Nizar Al-Rashdan sebelum Algeria menyamakan kedudukan hasil sentuhan penyerang berbisa, Amine Gouiri.
Kebangkitan wakil Afrika itu akhirnya disempurnakan Nadhir Benbouali yang muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-82.

Keputusan tersebut menyaksikan Algeria meraih tiga mata berharga sekali gus kembali menghidupkan persaingan sengit dalam perebutan tiket ke pusingan 32 terbaik.

Kemenangan itu hadir hanya beberapa jam selepas Austria tewas 0-2 kepada juara bertahan, Argentina yang kini mengesahkan kedudukan di puncak kumpulan.

Algeria dan Austria kini berkongsi tiga mata menjelang aksi terakhir kumpulan yang bakal menentukan nasib kedua-dua pasukan.

Jordan pula menjadi pasukan pertama tersingkir dari Kumpulan J dan akan menutup kempen mereka menentang Argentina dalam aksi terakhir yang hanya membawa maruah buat wakil Asia itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN