Usyk ramal Joshua jinakkan Fury

Usyk ramal Joshua jinakkan Fury

Anthony Joshua. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia heavyweight, Oleksandr Usyk mencetuskan kehangatan menjelang pertarungan utama apabila secara terbuka menyebelahi Anthony Joshua untuk menewaskan Tyson Fury dalam pertembungan dinanti-nantikan hujung tahun ini.

Usyk yang memegang tali pinggang IBF, WBA dan WBC mendedahkan beliau kini giat membantu Joshua dari segi taktikal dan mental, sekali gus memberi bayangan keyakinan tinggi terhadap kebangkitan bekas juara dunia itu.

Menurutnya, perubahan ketara dalam pendekatan latihan serta disiplin Joshua menjadi faktor utama yang mampu mengubah landskap perebutan gelaran heavyweight dunia.

“Fury adalah petinju yang luar biasa dan sangat berbahaya tetapi saya melihat bagaimana Anthony bekerja dan bagaimana dia telah berubah.

“Saya suka Fury, dia kawan baik saya yang hebat, tetapi saya mahu Anthony menang kerana dia layak untuk itu,” kata Usyk.

Joshua yang bakal kembali beraksi menentang Kristian Prenga di Riyadh pada 25 Julai ini dilihat berada di landasan tepat untuk bangkit selepas tragedi kemalangan yang meragut dua rakan rapatnya tahun lalu.

“Kami bercakap mengenai strategi, kemahiran tinju dan psikologi serta saya sentiasa berkata kepadanya, ‘juara, teruskan dan jangan berhenti,” katanya.

Dalam masa sama, Usyk sendiri bersiap sedia mempertahankan kejuaraan dunia menentang Rico Verhoeven di Mesir pada 23 Mei ini dalam satu lagi pertarungan berprofil tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN