Uruguay rekod kematian pertama eutanasia

Uruguay rekod kematian pertama eutanasia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTEVIDEO: Seorang pesakit kanser menjadi individu pertama di Uruguay yang meninggal dunia melalui amalan eutanasia, menurut sumber perubatan kepada AFP kelmarin.

Uruguay pada Oktober lalu meluluskan rang undang-undang yang dipanggil ‘Kematian Bermaruah’, menjadikannya negara pertama di Amerika Latin yang menghalalkan bantuan untuk mati.

Undang-undang itu membenarkan individu dewasa yang sihat dari segi mental dan berada di peringkat akhir penyakit tidak boleh sembuh, untuk memilih menamatkan hayat mereka.

Persatuan Perubatan Uruguay memaklumkan kepada AFP, kes pertama prosedur itu berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira sebulan selepas undang-undang berkuat kuasa.

Media tempatan, Telenoche 4 melaporkan, prosedur tersebut dijalankan di Montevideo ke atas seorang wanita berusia 69 tahun yang menghidap kanser terminal.

Ahli parlimen berhaluan kiri daripada parti pemerintah, Federico Preve, menyifatkan ia sebagai ‘hari yang sangat penting dan simbolik bagi negara itu’.

“Individu ini dapat memilih untuk mati dengan tenang. Mereka dapat memilih untuk meninggal dunia selaras dengan keyakinan sendiri,” katanya kepada wartawan.

Uruguay mempunyai sejarah panjang dalam meluluskan undang-undang sosial liberal, termasuk menghalalkan ganja, perkahwinan sejenis dan pengguguran bayi.

Persatuan Perubatan Uruguay tidak mengambil pendirian rasmi mengenai amalan eutanasia, dan membenarkan doktor bertindak mengikut pertimbangan etika masing-masing.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN