TwinCity Marathon 2027 sasar 27,000 peserta, turut perkenal festival budaya, gaya hidup

TwinCity Marathon 2027 sasar 27,000 peserta, turut perkenal festival budaya, gaya hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Acara larian antarabangsa berprestij, TwinCity Marathon 2027 bakal kembali dengan skala lebih besar dan kreatif dengan menyasarkan penyertaan 27,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Bertempat di Putrajaya, edisi 2027 bakal tampil dengan pendekatan dan identiti baharu melalui konsep seni, budaya dan warisan, sekali gus menjadikan acara tersebut bukan sekadar penganjuran marathon, tetapi sebuah festival pelancongan, budaya, gaya hidup dan komuniti berskala besar yang menggabungkan sukan, seni kreatif, teknologi serta pengalaman festival moden dalam satu ekosistem acara bertaraf antarabangsa.

Kelainan utama bagi tahun hadapan adalah penganjuran marathon bersama Twin Cultures Festival 2027: Where Heritage Meets AI, iaitu festival berskala besar yang mengetengahkan gabungan warisan budaya, seni kreatif, pengalaman gaya hidup moden serta teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam meraikan identiti budaya Malaysia masa hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Ten Senses (M) Sdn Bhd, Mohd. Bukhari Ismail, pendekatan baharu itu selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2027 dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi acara antarabangsa, budaya, gaya hidup dan pelancongan utama di rantau Asia.

“Bagi edisi 2027, kami mahu membawa pengalaman yang lebih besar daripada sekadar acara larian. Kami mahu membina sebuah festival yang mampu menghubungkan sukan, seni budaya, teknologi, komuniti dan pelancongan dalam satu platform yang lebih moden, kreatif dan bertaraf antarabangsa.

“Kami percaya gabungan TwinCity Marathon dan Twin Cultures Festival mampu menjadi sebuah ‘signature destination event’ baharu untuk Malaysia serta membuka peluang lebih besar kepada industri pelancongan, budaya, gaya hidup dan ekonomi kreatif negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

TwinCity Marathon 2027 dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd, manakala Twin Cultures Festival 2027: Where Heritage Meets AI dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn Bhd.

Jelasnya, melalui gabungan TwinCity Marathon 2027 dan Twin Cultures Festival 2027, lebih 27,000 penyertaan daripada pelari tempatan serta antarabangsa disasarkan dan kehadiran lebih 150,000 pengunjung sepanjang festival yang melibatkan peserta dari lebih 30 negara, 250 vendor dan pempamer, serta anggaran impak ekonomi dan pelancongan melebihi RM40 juta melibatkan sektor pelancongan, hospitaliti, makanan, pengangkutan dan industri tempatan.

Katanya lagi, gabungan kedua-dua platform itu juga dijangka mewujudkan ‘Festival Cultural Intelligence’ pertama seumpamanya di Malaysia yang menghubungkan elemen larian, budaya, teknologi, pelancongan dan gaya hidup dalam satu pengalaman festival yang lebih moden, kreatif dan berimpak tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN