Trump akui isu uranium Iran lebih bersifat politik

Trump akui isu uranium Iran lebih bersifat politik

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membayangkan usaha mendapatkan uranium diperkaya Iran lebih bersifat politik dan persepsi awam, selepas Israel mendesak ia dijadikan matlamat utama konflik dengan Teheran.

Dalam wawancara bersama pengacara Fox News, Sean Hannity, yang disiarkan lewat Khamis di AS, Trump berkata, beliau tetap mahu mendapatkan bahan nuklear tersebut walaupun menganggap isu itu lebih berkaitan imej politik.

“Saya rasa lebih baik jika kita mendapatkannya, tetapi saya fikir ia lebih kepada publisiti daripada perkara lain,” katanya.

Trump turut memberi bayangan serangan baharu terhadap Iran masih menjadi pilihan.

“Pilihan lain ialah mengebomnya sekali lagi. Tetapi saya akan rasa lebih baik jika kita mendapatkannya dan kita akan mendapatkannya,” katanya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang bersama Trump mengarahkan serangan ke atas Iran bermula 28 Februari lalu, sebelum ini menegaskan perang tersebut ‘belum berakhir’ kerana bahan nuklear sensitif Iran mesti dibawa keluar dari negara itu.

Trump pada Jun tahun lalu mengarahkan pengeboman ke atas tiga tapak nuklear utama Iran pada penghujung siri serangan Israel terhadap negara pimpinan ulama itu.

Trump mendakwa, tapak berkenaan ‘dimusnahkan sepenuhnya’, penilaian yang terus diulanginya walaupun beliau turut menggunakan alasan Iran hampir membangunkan bom atom bagi mempertahankan perang tahun ini, dakwaan yang tidak disokong oleh pemeriksa nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Iran pula tidak mengesahkan lokasi simpanan uranium diperkaya tahap tinggi miliknya, yang menurut beberapa pakar mungkin disembunyikan jauh di bawah tanah, sekali gus menjadikan usaha merampasnya amat sukar tanpa risikan tepat.

Iran mula memperkaya uranium pada tahap lebih tinggi, hampir tetapi belum mencapai gred senjata, selepas Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 yang dirundingkan bekas presiden Barack Obama.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN