Mandi air sejuk bantu turunkan berat badan

Mandi air sejuk bantu turunkan berat badan

SUHU sejuk boleh membantu mempercepatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Penyelidik mendedahkan pemakaian jaket ais dan mandi air sejuk setiap hari berpotensi membantu menurunkan berat badan.

Satu kajian melibatkan 47 orang dewasa yang mengalami obesiti atau berat badan berlebihan menunjukkan pendedahan berkala pada suhu sejuk boleh membantu mengurangkan lemak.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Nottingham dan Pusat Perubatan Universiti Leiden (LUMC) di Belanda itu membahagikan peserta kepada dua kumpulan, dengan separuh daripadanya diberikan jaket ais untuk dipakai selama dua jam setiap pagi sambil menjalani rutin harian.

Peralatan tersebut dipakai di atas kemeja-T nipis dan dilengkapi pek penyejuk berisi gel yang dibekukan semalaman, dengan suhu sekitar 15 darjah Celsius.

Dalam tempoh enam minggu, peserta kajian yang memakai jaket ais kehilangan 0.9 kilogram (kg), hampir keseluruhan terdiri daripada lemak badan.

Ketua penyelidik, Dr Mariette Boon berkata, ini merupakan antara kajian terawal yang menilai kesan pendedahan kepada suhu sejuk dalam tempoh berpanjangan melibatkan individu mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Beliau berkata, penggunaan jaket itu boleh dilakukan di rumah serta pendedahan kepada suhu sejuk berpotensi menjadi pilihan mudah dan murah kepada strategi penurunan berat badan seperti pemakanan sihat serta aktiviti fizikal.

Kajian yang dibentangkan di Kongres Eropah mengenai Obesiti di Istanbul itu mendapati, suhu sejuk boleh membantu mempercepatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.- THE GUARDIAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN