Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir Piala Thomas

Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir Piala Thomas

Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menghadiahkan mata buat skuad negara dalam aksi bertemu China pada suku akhir Piala Thomas di Horsens, Denmark, hari ini. - Gambar Ihsan BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYAertahan, China 0-3 pada Piala Thomas di Horsens, Denmark, hari ini.

Leong Jun Hao bukanlah tandingan jaguh No. 1 dunia, Shi Yu Qi, walaupun pemain ke-25 dunia itu berusaha memberikan tentangan sebelum kecundang dalam aksi yang diheret sehingga ke rubber set 10-21, 21-16, 9-21 dalam masa 1 jam 7 minit.

Ketinggalan 0-1, Malaysia yang meletakkan harapan kepada beregu No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengikat China 1-1 tidak menjadi kenyataan selepas mereka juga tewas.

Beregu No. 1 negara itu kalah dengan keputusan straight set kepada pasangan No. 5 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang 22-24, 14-21 dalam masa 35 minit.

Wooi Yik ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, dia dan Aaron berusaha memberikan tentangan dengan corak permainan menyerang, tetapi, malangnya bulu tangkis tidak mudah dikawal.

“Kami perlu bermain lebih konsisten, tetapi, kerap melakukan kesilapan pada mata-mata penting. Selepas itu, pada set kedua lawan mengawal sepenuhnya permainan dengan sangat baik,” katanya.

Menurut Wooi Yik, beregu China itu juga mempunyai kelebihan bermain di hadapan gelanggang dan mereka berjaya meraih lebih banyak mata dari situ.

“Kami gagal mengatasi kekurangan tersebut sewaktu permainan bersambung dalam set kedua dan ia menjadi punca kekalahan kami,” ujarnya.

Pemain ke-44 dunia, Justin Hoh yang menjadi pertaruhan Malaysia selaku perseorangan kedua seperti dijangka gagal menghadiahkan mata penyelamat buat pasukan negara.

Anak jati Kuala Lumpur itu akur di tangan bintang No. 7 dunia, Li Shi Feng 14-21, 13-21 dalam masa 44 minit.

Ketinggalan 0-3, tidak memerlukan beregu kedua, Goh Sze Fei-Tee Kai Wun dan Lee Zii Jia memerah keringat mereka masuk ke dalam gelanggang sejurus selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN