Johor adakan sidang DUN sehari pada 22 Jun - Utusan Malaysia

Johor adakan sidang DUN sehari pada 22 Jun

Sidang DUN Johor akan diadakan selama satu hari pada 22 Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk satu hari pada 22 Jun ini.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung menerusi laman Facebook miliknya, hari ini.

Bagaimanapun, Cai Tung mempersoalkan tujuan utama sidang berkenaan dipanggil kerana kesemua 56 ADUN telah bersidang pada awal bulan lalu.

“Pagi ini, terima notis mesyuarat bagi Sidang Dewan Negeri Johor. Tidak pernah ada sidang dewan berturut-turut dua bulan. Kali ini, hanya ‘satu hari’. Tidak ada sesi soal jawab.

“Sebenarnya, dewan boleh dibubarkan tanpa memanggil sidang. Kalau bukan untuk bubar Dewan Negeri Johor. Jadi, apakah agenda sidang dewan kali ini,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, Timbalan Yang Dipertua DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali enggan mengesahkan khabar angin satu sidang khas akan diadakan.

Khabar angin mengatakan ia akan diadakan pada 24 Jun.

“(Sidang DUN khas) Tidak pasti. Minit mesyuarat perbincangan sekiranya ada juga tidak pasti,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor.

Terdahulu, tular satu mesej melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan kerajaan negeri akan memanggil kesemua 56 ADUN untuk sesi sidang DUN khas pada 24 Jun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN