Isu brek enjin ganggu Bagnaia

Isu brek enjin ganggu Bagnaia

FRANCESCO Bagnaia-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia masih belum menemui penyelesaian terhadap masalah brek enjin biarpun menunjukkan peningkatan dari segi aerodinamik ketika beraksi di Litar Jerez, minggu lalu.

Pelumba Itali itu kembali ke litar selepas aksi Grand Prix(GP) Sepanyol hujung minggu lalu, bagi menilai kemaskini terbaharu jentera Ducati yang kini cuba mengejar prestasi Aprilia terutama di selekoh.

Bagnaia menamatkan sesi ujian dengan catatan masa kesepuluh terpantas, namun mengakui masih belum puas hati terhadap aspek elektronik yang memberi kesan kepada keupayaan membrek.

“Tumpuan utama kami adalah aerodinamik dan saya gembira kerana ada peningkatan, terutama dari segi kemampuan motosikal membelok.

“Namun untuk elektronik dan brek enjin, kami masih belum jumpa penyelesaian tepat. Mungkin ada arah yang betul, tetapi ia belum cukup untuk digunakan sepenuhnya,” katanya.

Dalam perlumbaan minggu lalu, Marc Marquez mendominasi perlumbaan pecut, manakala Bagnaia sekadar menamatkan perlumbaan sebelum terjatuh daripada saingan Grand Prix.

Ujian turut menyaksikan pelumba Gresini, Alex Marquez mencuri tumpuan apabila memenangi perlumbaan di laman sendiri, sekali gus mengakhiri kemarau kemenangan Ducati dalam GP.

Dengan Grand Prix Perancis di Le Mans dijadualkan berlangsung 8 hingga 10 Mei, Bagnaia berharap Ducati sempat mencari penyelesaian terutama dalam aspek elektronik yang masih menghantui prestasinya musim ini.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN