Mahar perluas operasi kemanusian ke lebih 30 negara

Mahar perluas operasi kemanusian ke lebih 30 negara

JISMI Jahari (duduk, tengah) pada majlis Rumah Terbuka Mahar sempena ulang tahun ke-10 penubuhan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) telah memperluas operasi kemanusiaan dan pengurusan pelarian ke lebih 30 negara sejak penubuhannya 10 tahun lalu.

Presiden Mahar, Jismi Jahari berkata, pendekatan sejak tahun 2016 itu telah memberi fokus kepada pengurusan kebajikan pelarian dan komuniti rentan di bawah kelolaan mereka.

“Antara kumpulan terlibat termasuk pelarian Syria di bawah Program Penempatan Sementara Migran Syria selain komuniti Palestin, Sudan, Afghanistan dan Myanmar.

“Memasuki dekad kedua, kami menekankan peluasan skop bantuan yang lebih tersusun, telus dan berimpak tinggi,” katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Mahar di Wangsa Maju di sini hari ini

Menurut Jismi, sepanjang 10 tahun, Mahar telah menjadi rakan pelaksana Kementerian Dalam Negeri dalam menguruskan kira-kira 3,000 pelarian Syria di Malaysia.

“Mahar turut melaksanakan program MYCOR bagi melatih sukarelawan untuk ditempatkan di kawasan bergolak dan zon bencana antarabangsa.

“Ketika pandemik Covid-19, Mahar turut menyalurkan bantuan kepada golongan terkesan di dalam negara,” katanya.

Tambahnya, susulan konflik bermula 7 Oktober 2023, Mahar juga mempergiat bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza serta memperkukuh sokongan terhadap komuniti Palestin di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN