Amirudin ketua delegasi Malaysia dalam Global Sumud Flotilla 2.0

Amirudin ketua delegasi Malaysia dalam Global Sumud Flotilla 2.0

Global Sumud Flotilla 2.0
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai delegasi Malaysia dalam Misi Bantuan Kecemasan ke Gaza serta Global Sumud Flotilla 2.0 yang berlepas pada Ahad ini.

Beliau yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan 30 kontena mengandungi 374 tan metrik bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu, beliau akan memastikan pelepasan kontena di Kaherah berjalan dengan selamat.

“Menteri Besar akan mengetuai sidang khas di Pintu Sempadan Rafah untuk menyatakan dengan tegas pendirian Malaysia terhadap isu kepungan Gaza, seterusnya memantau pelepasan Delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

“Dengan tugasan mencabar dan penuh risiko itu, seluruh warga Selangor dan Malaysia dimohon mendoakan agar misi kali ini serta setiap petugas bejalan dengan sempurna dan selamat,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Amirudin memberitahu, misi itu digerakkan oleh MAPIM dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia serta organisasi bukan kerajaan (NGO) rakan strategik, sebagai usaha bersama menyampaikan bantuan dan solidariti kepada rakyat Palestin.

“Saya mohon doa seluruh rakyat Malaysia agar misi ini berjaya, urusan kami dipermudahkan serta semua yang terlibat sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Insya-Allah. Free Palestine,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN