Madzli akui TNB ThunderStars masih longgar

Madzli akui TNB ThunderStars masih longgar

PEMAIN TNB, Azrai Aizad Abu Kamal (kanan) berjaya melepasi kawalan pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT) 5-4 dalam aksi Piala Sumbangsih, kelmarin.-IHSAN FB MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) ThunderStars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor mengakui masih terdapat banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan meskipun berjaya menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 5-4 dalam aksi Piala Sumbangsih, kelmarin.

Menurut Madzli, prestasi pemainnya masih belum konsisten walaupun kemenangan tersebut menjadi permulaan positif kepada kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.

Katanya, terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu diperbaiki terutama pada aspek kawalan permainan dan kesilapan mudah yang hampir merugikan pasukan.

“Daripada segi persembahan pemain, ada pasang surut terutamanya pada suku pertama di mana mereka lambat panas. Macam tak main hoki, mereka tak sedar lawan berada di kawasan D sendiri.

“Mungkin pemain terlalu hormat kepada THT di tambah pula dengan kesilapan membuat hantaran.

“Apabila memasuki suku kedua dan ketiga pemain baru menterjemahkan rancangan pasukan tetapi pada suku keempat kita buat kesilapan di mana dua pemain kita kena kad kuning dan THT mengambil kesempatan menyamakan kedudukan.

“Secara keseluruhannya nak kata persembahan pemain bagus itu tidak kerana masih masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki namun masih boleh dipuji,” katanya.

Dalam pada itu, Madzli turut menghamburkan pujian kepada import pasukan, Jang Jong Hyun berikutan kejayaannya menjaringkan gol hatrik dengan kesemuanya hadir menerusi pukulan sudut penalti.

“Dia flicker terbaik kami dan kalau diberi peluang dia memang berkebolehan untuk menjaringkan gol,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN