Harga gas memasak di Sri Lanka naik 23 peratus - Utusan Malaysia

Harga gas memasak di Sri Lanka naik 23 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sri Lanka hari ini menaikkan harga gas petroleum cecair (LPG) hampir suku daripada harga asal, dengan menyalahkan harga global yang didorong oleh perang Iran.

Selain gas, Sri Lanka turut mengimport sepenuhnya bekalan minyak serta membeli arang batu bagi menjana elektrik.

Colombo memberi amaran perang berpanjangan di Asia Barat boleh menjejaskan usaha negara itu untuk pulih daripada krisis ekonomi pada 2022.

Kenaikan harga gas memasak pada Isnin itu dibuat selepas peningkatan sebanyak lapan peratus bulan lalu.

Sebuah syarikat swasta yang menguasai kira-kira suku pasaran LPG domestik menaikkan harga runcit sebanyak 23 peratus kepada 5,700 rupee (RM72.95), berbanding 4,630 rupee (RM59.25) sebelum ini.

Syarikat milik kerajaan, Litro Gaza, sebagai pembekal utama LPG untuk kegunaan dapur, turut menaikkan harga isian semula tong 12.5 kilogram (kg) kepada 4,765 rupee (RM60.98), daripada 3,990 rupee, iaitu peningkatan sebanyak 19.42 peratus.

“Kami mempunyai bekalan mencukupi untuk sepanjang April,” kata jurucakap Litro, sambil menambah kenaikan harga LPG global dan kos penghantaran memaksa pelarasan terbaharu itu.

Bulan lalu, Sri Lanka turut menaikkan harga bahan api dan elektrik lebih satu pertiga susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran serta serangan balas yang mendorong peningkatan harga tenaga global.

Selat Hormuz, laluan perkapalan penting yang menyalurkan kira-kira 20 peratus eksport minyak mentah dan gas dunia dalam keadaan biasa, kini secara efektif ditutup sejak konflik tersebut bermula.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN