Bayern juara Bundesliga kali ke-35

Bayern juara Bundesliga kali ke-35

Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan menjuarai Bundesliga selepas menewaskan VfB Stuttgart 4-2 di Munich dengan Harry Kane turut menyumbang jaringan ke-32 musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bayern Munich mengesahkan kejuaraan Bundesliga ke-35 mereka dengan penuh bergaya selepas menewaskan VfB Stuttgart 4-2 dalam aksi penuh dramatik, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Vincent Kompany mendahului liga dengan kelebihan 15 mata berbaki empat perlawanan.

Lebih manis, kejayaan ini hadir ketika Bayern masih memburu treble musim ini dengan aksi separuh akhir Piala Jerman dan Liga Juara-Juara menanti.

Stuttgart terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Chris Fuehrich membuka jaringan pada minit ke-21 hasil bantuan Bilal El Khannouss.

Namun Bayern tidak menunggu lama untuk bangkit apabila tiga gol dalam tempoh enam minit mengubah momentum perlawanan.

Raphael Guerreiro memulakan kebangkitan sebelum Nicolas Jackson meletakkan Bayern di depan.

Alphonso Davies kemudian melengkapkan kebangkitan pantas dengan gol ketiga pada babak pertama.

Selepas rehat, Harry Kane terus menambah derita pelawat apabila menjaringkan gol keempat Bayern.

Stuttgart hanya mampu merapatkan jurang menerusi jaringan lewat Chema Andres tanpa mampu menghalang pesta kejuaraan tuan rumah.

Dominasi Bayern musim ini jelas terserlah apabila mereka memecahkan rekod jaringan liga dengan lebih 100 gol, sekali gus membuktikan status sebagai kuasa besar bola sepak Jerman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN