‘Kalau tidak tahu tanya, bukan menghina’

‘Kalau tidak tahu tanya, bukan menghina’

ANWAR Ibrahim ketika sesi Penerangan Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan dewan rakyat menjadi kecoh selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur beberapa Ahli Parlimen Pembangkang yang mengeluarkan kenyataan biadap serta menghina berkaitan isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia.

Dalam sesi Penerangan Khas Parlimen mengenai isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia hari ini,  Anwar menolak sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang yang mendakwa beliau mengkhianati negara dan menegaskan bahawa dakwaan palsu yang  berniat jahat sedemikian harus diperbetulkan segera.

Perdana Menteri menegaskan, sekiranya pembangkang tidak memahami isu berkenaan, mereka hendaklah bertanya secara profesional, bukannya menggunakan secara menghina. 

“Saya harap rakan Ahli Parlimen, yang ada itu menghina, kenyataan biadab… apa tidak betul? termasuk Pendang. Kalau tidak tahu tanya jangan maki hamun,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat mula kecoh apabila Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) membangkitkan Peraturan Dewan 36 (12) kerana mendakwa tuduhan Perdana Menteri itu tidak berparlimen.

“Isunya tuduhan Perdana Menteri mengatakan bahawa kita memaki hamun dan bertindak biadab termasuk Pendang, saya rasa tidak berparlimen,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut); Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) turut bangkit kerana tidak bersetuju dengan tuduhan terbabit.

Awang Hashim berkata, bahawa kenyataannya di Dewan Rakyat diambil daripada laporan polis Indonesia yang menyatakan bahawa 520,000 hektar tanah yang dipersoalkan.

“Bila perkara ini dibangkitkan, kami hanya bertanya, tiada langsung memaki sesiapa. Saya sebut di Dewan bahawa saya tidak memaki YAB Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menjelaskan, semasa sesi itu, mereka hanya menjalankan tanya jawab secara fakta, namun ada pihak mendakwa mereka menggunakan isu agama dan melabelkan mereka sebagai musuh atau jahat.

 “Ini bukan cara yang sepatutnya, apatah lagi bagi seorang Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN