PARLIMEN: Pelantikan ejen pemungut tidak jejas sistem MyJPJ

PARLIMEN: Pelantikan ejen pemungut tidak jejas sistem MyJPJ

HASBI HABIBOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan syarikat-syarikat termasuk Rider Gate Sdn Bhd sebagai ejen pemungut oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi beberapa urusan pengangkutan tidak akan menjejaskan atau mengambil alih sistem MyJPJ.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, syarikat berkenaan hanya berperanan sebagai pemungut bagi pihak kerajaan sama seperti agensi lain yang diberi kuasa mengutip bayaran tertentu.

“Mereka adalah pemungut sahaja. Mereka tiada kaitan dengan MyJPJ, tidak akan mengubah atau mengambil alih sistem tersebut.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pelbagai proses pendigitalan melalui aplikasi MyJPJ termasuk notifikasi tamat tempoh lesen, urusan pembaharuan serta pembayaran sekali gus meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko kesilapan manual,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ng Keng Heng mengenai peranan syarikat berkenaan yang dlantik oleh MOT sebagai ejen pemungut .

Sementara itu, beliau berkata, penggunaan alat perakam badan (BWC) bertujuan meningkatkan integriti dan ketelusan penguatkuasaan.

“JPJ juga akan meneruskan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta cadangan penggunaan High-Speed Weigh-in-Motion (HSWIM) untuk mengesan kesalahan muatan berlebihan.

“Kementerian turut merancang pembangunan pangkalan data pemandu kenderaan berat bagi memastikan hanya individu yang memenuhi syarat keselamatan dilantik oleh syarikat pengendali.

Mengulas kebimbangan mengenai kos perolehan teknologi moden seperti BWC yang berharga kira-kira RM23,000 seunit, Hasbi berkata, harga pasaran bagi peralatan keselamatan dijangka menurun apabila penggunaannya semakin meluas.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Salehuddin Saidin mengenai penggunaan teknologi moden dalam penguatkuasaan undang-undang pengangkutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN