Isu kelulusan PBT: Hobbitoon Village ditutup sementara

Isu kelulusan PBT: Hobbitoon Village ditutup sementara

SANDREA NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Destinasi pelancongan popular, Hobbitoon Villagendre yang terletak dis laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands, ditutup sementara kepada pengunjung susulan isu kelulusan yang melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, premis itu telah diarahkan tutup sejak beberapa bulan lalu selepas kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di lokasi berkenaan didapati belum memperoleh kelulusan PBT.

“Secara umumnya, saya tidak dapat maklumat terkini namun saya difahamkan (terdapat) pembinaan yang belum mendapat kelulusan.

“Jadi atas faktor keselamatan, premis itu diarahkan untuk ditutup sementara sehingga memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar Menglembu, di sini hari ini.

Menurut Sandrea, kawasan pelancongan itu terletak di bawah seliaan Majlis Daerah Batu Gajah dan pihaknya akan membuat semakan lanjut perkara itu dengan dengan pihak yang berkaitan.

Hobbitoon Village yang berkonsepkan perkampungan orang kenit itu menjadi tarikan ekopelancongan terbaharu di Simpang Pulai selepas dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN