Pulau Pinang antara 10 destinasi pelancongan terbaik Asia 2025

Pulau Pinang antara 10 destinasi pelancongan terbaik Asia 2025

PERKHIDMATAN funikular di Bukit Bendera antara daya tarikan pelancongan utama yang terdapat di Pulau Pinang sehingga melayakkkan negeri itu disenaraikan dalam kelompok 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Asia 2025 oleh majalah pelancongan antarabangsa, Smart Travel Asia, baru-baru ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Majalah pelancongan antarabangsa, Smart Travel Asia baru-baru ini menyenaraikan Pulau Pinang dalam kelompok 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Asia 2025.

Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

Menurut Hon Wai, Pulau Mutiara berada di ranking ketujuh dalam senarai tersebut iaitu berkongsi kedudukan bersama dua lagi destinasi tumpuan pelancong di Asia iaitu Singapura dan Siem Reap/Angkor di Kemboja.

Katanya, Bangkok di Thailand dinobatkan sebagai destinasi pilihan nombor satu diikuti oleh Tokyo (Jepun) dan Bali (Indonesia) yang berkongsi tempat kedua manakala satu lagi destinasi di Thailand iaitu Chiang Mai di tempat ketiga.

“Seoul, Korea Selatan dan Luang Prabang di Laos berkongsi tangga keempat diikuti oleh Hong Kong, Phuket (Thailand) dan Rajasthan (India) di tempat kelima. Tangga keenam pula dikongsi oleh Taipei (Taiwan), Kyoto (Jepun) dan Da Nang/Hoi An (Vietnam),” ujar beliau.

Beliau berkata, Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi kelapan terbaik bersama Phu Quoc (Vietnam) dan Maldives manakala satu lagi wakil Malaysia iaitu Sabah di ranking kesepuluh.

Tambah Hon Wai, kerajaan negeri juga berbangga apabila sebuah hotel ikonik di Pulau Pinang iaitu Eastern & Oriental (E&O) Hotel turut tersenarai pada kedudukan ketujuh dalam kalangan 10 Hotel Perkahwinan Terbaik Asia oleh majalah pelancongan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN