Rancangan pelaksanaan NICE akan diteliti - Nancy Shukri

Rancangan pelaksanaan NICE akan diteliti – Nancy Shukri

NANCY Shukri (kiri) ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2026 di Seberang Jaya, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti rancangan pelaksanaan Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) untuk warga emas seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027, tempoh hari.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini, perbincangan lanjut sedang dijalankan bersama pihak kerajaan di kedua-dua negeri yang terlibat iaitu Sarawak dan Pulau Pinang.

“Perkhidmatan ini (NICE) mungkin dikendalikan oleh pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jadi, apabila diumumkan dalam Belanjawan 2027 yang lalu, maka, KPWKM perlu meninjau perkara ini terlebih dahulu dan berbincang dengan kedua-dua negeri ini mengenai pelaksanaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpendapat, biarlah ia (NICE) dilaksanakan di dua negeri itu terlebih dahulu dan jika berjaya, kami menyokong sekiranya cadangan mewujudkan pusat ini dilaksanakan di seluruh negara pula,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2026 di Seberang Jaya di sini.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2027 sebelum ini berkata, penubuhan NICE di Sarawak dan Pulau Pinang antara lain bertujuan untuk berfungsi sebagai pusat latihan, penyelidikan dan penjagaan warga emas dalam usaha bagi mempersiapkan negara menuju ke arah status negara menua tidak lama lagi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini