Masjid Terapung RM12.95j ubah landskap pelancongan Yan

Masjid Terapung RM12.95j ubah landskap pelancongan Yan

ORANG ramai mula mengunjungi Masjid Terapung Yan bagi menunaikan solat di samping melihat keindahan panorama masjid di atas laut di Kampung Ruat, Yan di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Pembukaan rasmi Masjid Terapung Yan di Kampung Ruat pada 17 Julai ini bakal jadi pemang­kin baharu kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, sekali gus mengangkat da­erah itu sebagai antara destinasi pelancongan utama di Kedah.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati orang ramai termasuk dari luar daerah mula mengunjungi masjid yang dibina di atas laut itu bagi melihat sendiri keunikan seni binanya selain menikmati panorama Selat Melaka.

Ia mampu menampung 700 hingga 800 jemaah pada satu-satu masa dan dijangka menjadi ikon pelanco­ngan baharu negeri ini.

Masjid bernilai RM12.95 juta ini, siap sepenuhnya pada April lalu dan mula diguna untuk solat berjemaah sejak minggu lalu.
Seorang peniaga, Mohd. Salim Salleh, 54, berkata, kehadiran pelancong dijangka merancakkan ekonomi setempat apabila lebih banyak peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Menurutnya, tarikan baharu itu mampu mengembalikan ke­gemilangan Yan sebagai destinasi pelancongan selepas beberapa lokasi rekreasi terjejas akibat tragedi kepala air sebelum ini.

Bagi pengusaha inap desa, Hamid Din, 48, tempahan penginapan turut meningkat apabila ramai pelancong memilih bermalam untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan keindahan masjid berkenaan.

Penduduk Kampung Kuala Raga, Romli Ismail, 71, berkata, kewujudan masjid tersebut memberi kemudahan kepada penduduk sekitar untuk menunaikan solat berjemaah tanpa perlu ke masjid yang terletak jauh.

“Masjid ini sangat selesa dan pemandangan laut yang indah memberi ketenangan kepada jemaah ketika beribadah,” katanya.

Sementara itu, Imam 1 Masjid Terapung Yan, Zulhusni Abdul Latif berkata, pembinaan masjid yang tertangguh sejak 2017 akhir­nya berjaya direalisasikan.

Katanya, kira-kira 400 keluarga daripada lima kampung sekitar menjadi anak kariah masjid yang telah mula diimarahkan sejak Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN