Anwar kongsi pandangan transformasi digital, AI di AELM

Anwar kongsi pandangan transformasi digital, AI di AELM

ANWAR Ibrahim ketika hadir ke Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Gala Dinner sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Gyeongju, Republik Korea. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan pandangan mengenai transformasi digital serta inisiatif kecerdasan buatan (AI) Malaysia dan ASEAN pada hari terakhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) (AELM).

Negara anggota APEC menumpukan perhatian terhadap usaha menangani cabaran baharu, khususnya perubahan demografi yang dikenal pasti sebagai antara kebimbangan utama masa depan.

Dengan tema ‘Menyediakan Asia Pasifik Yang Bersedia Untuk Masa Depan’, AI dan transformasi digital dilihat berpotensi besar menjadi pemangkin utama dalam menghadapi cabaran berkenaan.

Sebagai tuan rumah, Korea Selatan menekankan isu perubahan demografi dan mempromosikan dasar serta inisiatif yang mampu memacu hala tuju ekonomi dan sosial negara anggota APEC.

Fenomena penuaan penduduk yang berlaku di seluruh Asia, termasuk Malaysia dijangka memberi kesan ketara terhadap pembentukan tenaga kerja.

Selepas setiap negara anggota membentangkan pendekatan masing-masing, para pemimpin APEC dijangka akan meluluskan Deklarasi Gyeongju bersama-sama tiga dokumen lain.

Deklarasi itu dijangka menekankan kepentingan memperkukuh keterhubungan bagi menguatkan integrasi ekonomi dan perdagangan serantau dalam kalangan negara anggota APEC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN