Transformasi digital: Jangan lebarkan kesenjangan antara bandar-desa

Transformasi digital: jangan lebarkan kesenjangan antara bandar-desa

ANWAR Ibrahim (tengah) ketika tiba untuk merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa agenda transformasi digital negara tidak boleh dilaksanakan sehingga menyebabkan lebarnya kesenjangan antara rakyat di bandar dan luar bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pembangunan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), pusat data dan kemudahan digital mesti dinikmati secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada golongan tertentu di kawasan bandar.

Anwar berkata, keadilan sosial perlu menjadi teras dalam pelaksanaan dasar digital negara agar tidak berlaku kesenjangan antara mereka yang celik teknologi dengan golongan yang ketinggalan.

“Kita tidak mahu transformasi digital ini hanya berlegar dalam kalangan kota besar dan kelompok berada, sebaliknya mesti sampai ke akar umbi supaya manfaatnya dirasai oleh majoriti rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai kelebihan kerana berjaya menarik pelaburan teknologi dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China, India dan Jerman, namun cabaran sebenar adalah memastikan limpahan manfaat itu sampai kepada rakyat biasa.

“Kemajuan ini mesti menjamin keadilan bagi ramai, bukan untuk kelompok kecil sahaja. Ini cabaran utama kita,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar turut mengingatkan bahawa pembangunan teknologi tidak harus menghakis nilai agama, budaya dan akhlak masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN