Peruntukan RM66.2b buat KPM lonjak kualiti pendidikan negara

Peruntukan RM66.2b buat KPM lonjak kualiti pendidikan negara

FADHLINA Sidek (tengah) ketika menyantuni murid SJKT Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Peruntukan sebanyak RM66.2 bilion yang diterima oleh Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Belanjawan 2026 mampu memperkukuh prasarana sekolah dan meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran pelajar di seluruh negara. 

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sektor pendidikan termasuk melalui penaiktarafan prasarana sekolah, kebajikan pelajar dan pembangunan pendidikan teknikal serta vokasional (TVET).

“Dalam ucapan Belanjawan 2026 semalam, telah disentuh beberapa aspek khususnya yang terkait rapat dengan informasi pendidikan termasuk TVET. Selain itu, kebajikan para pelajar yang dikekalkan dalam belanjawan itu termasuk bantuan awal persekolahan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram dan Projek Penempatan Semula Ladang Byram, Mukim 11, Seberang Perai Selatan yang disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM66.2 bilion antaranya bagi menaik taraf prasarana sekolah dalam Belanjawan 2026. 

Sebanyak RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN