MyCC tingkatkan penguatkuasaan banteras kartel tipu bida

MyCC tingkatkan penguatkuasaan banteras kartel tipu bida

ARMIZAN Mohd. Ali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan MyCC Competition Summit 2025 di Petaling Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kartel tipuan bida dalam proses perolehan kerajaan dan sektor swasta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tindakan tegas perlu dilaksanakan kerana pakatan dalam tender menjejaskan ketelusan dan menghalang kerajaan mendapatkan nilai terbaik.

“Kalau tender terbuka tetapi wujud tipuan bida, ia menggagalkan objektif ketelusan dalam perolehan kerajaan. Kami mahu pastikan prosesnya bersih dan adil,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan MyCC Competition Summit 2025

Tambah beliau, MyCC telah mengenakan tindakan terhadap 26 syarikat berkaitan kesalahan tipuan bida melibatkan nilai tender RM540.72 juta, dengan penalti kewangan sebanyak RM97.3 juta.

“Kini terdapat 14 kes tipuan bida melibatkan 563 syarikat sedang disiasat berkaitan tender bernilai RM2.7 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, MyCC Competition Summit 2025 yang menghimpunkan 500 peserta termasuk sembilan wakil pihak berkuasa persaingan antarabangsa beberapa buah negara turut menyaksikan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam latihan, penyelidikan dan advokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN