UMNO diingatkan jangan nafikan peranan Muhyiddin

UMNO diingatkan jangan nafikan peranan Muhyiddin

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO diingatkan supaya tidak menafikan sumbangan dan peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN), khususnya semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, UMNO menerima dana sebanyak RM10 juta yang diberikan Muhyiddin kepada Tan Sri Annuar Musa bagi tujuan tersebut.

“Semua calon PN menerima bantuan sewajarnya daripada Muhyiddin. Sama seperti dalam PRN Sabah, apabila UMNO/BN tidak cukup dana, Annuar meminta bantuan dan Muhyiddin menyalurkan RM10 juta,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, perbelanjaan PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang ditanggung Bersatu menjadi bukti mengapa Pas meninggalkan Muafakat Nasional (MN).

Tun Faisal menjelaskan, dana itu diserahkan kepada Datuk Budiman Mohd Zohdi sebelum diagihkan kepada dua pegawai Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Halim dan Datuk Rafi Labuan, di Hotel Magellan, Kota Kinabalu.

Katanya, semua bantuan tersebut diberikan Muhyiddin secara senyap tanpa menghina sesiapa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN