Taufiq tak tahu motif ugutan, pihak terlibat

Taufiq tak tahu motif ugutan, pihak terlibat

MOHAMMAD Taufiq Johari (kanan) melakukan tinjauan bagi menaik taraf tempat pembuangan sampah dan jalan di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammad Taufiq Johari mengakui tidak mengenali pemilik akaun e-mel yang didakwa cuba mengugutnya melalui kiriman video lucah palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajahnya.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga tidak dapat memastikan motif pihak terlibat yang membuat ugutan berkenaan.

“Saya juga ingin tahu siapa yang cuba memeras ugut untuk menyebarkan video berkenaan jika saya tidak membayar AS$100,000 kepadanya,” katanya ditemui di Tikam Batu di sini hari ini.

Mohammad Taufiq berkata, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam selepas terkejut melihat kiriman video berkenaan.

“Ini kerana kiriman itu bukan sekadar memeras ugut tetapi juga merupakan satu jenayah siber yang serius bagi menyebarkan fitnah dan pornografi palsu,” katanya

Katanya, satu laporan polis juga akan dibuat hari ini untuk membolehkan pihak berkuasa mencari pemilik sebenar emel tersebut kerana kejadian seperti itu tidak boleh dibiarkan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan beliau menjadi sasaran cubaan pemerasan melalui video lucah palsu dengan tuntutan bayaran mencecah AS$100,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×