MCMC terpaksa bazir masa terlalu lama buat laporan ‘posting’ haram

MCMC terpaksa bazir masa terlalu lama buat laporan ‘posting’ haram

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan ke Singapura minggu hadapan bagi mengadakan pertemuan dengan semua platform utama media sosial untuk menyelesaikan isu kelewatan menurunkan kandungan haram di internet.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu perlu kerana MCMC terpaksa membazirkan masa kerja yang terlalu lama setiap kali membuat laporan kepada platform berkenaan.

“Minggu depan, MCMC akan turun ke Singapura untuk bertemu dengan semua platform media sosial bagi memberi penegasan. MCMC telah membazir masa yang terlalu lama membuat laporan kepada platform untuk menurunkan kandungan yang melanggar undang-undang di negara kita

“Untuk menurunkan satu posting scam atau judi dalam talian di Facebook, MCMC memerlukan antara 30 hingga 45 minit kerana perlu mengisi pelbagai borang sebelum ia dipertimbangkan oleh platform tersebut.

“Perkiraan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, MCMC telah membazirkan masa kerja bersamaan setahun dalam sebulan, semata-mata untuk menurunkan lebih 150,000 kandungan yang bersifat scam dan judi dalam talian.

“Itu belum termasuk isu berita palsu dan sebagainya, khususnya dalam platform Facebook sahaja,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam kali ke 29 tahun 2025 di Auditorium Seri Angkasa hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan memastikan akaun media sosial di negara ini diwajibkan menjalani Pengenalan Pelanggan Secara Elektronik (eKYC) dengan menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi mengelakkan penjenayah berselindung di sebalik akaun palsu.

“Apakah niat kita? Adakah untuk menjejaskan hak rakyat bersuara? Tidak. Adakah untuk menceroboh privasi rakyat? Tidak. Tetapi realitinya, jumlah kerugian akibat penjenayah yang bersembunyi di sebalik akaun palsu terlalu besar. 

“Ramai yang menjadi mangsa termasuk pesara kerajaan ditipu melalui posting palsu seperti pelaburan tidak wujud, pembelian produk tidak wujud, malah ada yang ditipu dengan perkahwinan tidak wujud,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN