JKR dedah penutup lubang kumbahan dalam keadaan baik

JKR dedah penutup lubang kumbahan dalam keadaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutup manhole sistem rawatan berskala kecil (SSTS) di mana lokasi seorang murid jatuh ke dalam kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Sabtu lalu berada dalam keadaan baik.

JKR dalam kenyataan memaklumkan, telah menghantar pasukan untuk turun ke lokasi kejadian pada hari sama insiden berlaku kira-kira pukul 5.30 petang bagi melihat situasi dan menjalankan siasatan awal.

“Hasil pemeriksaan di tapak mendapati keadaan SSTS adalah dalam keadaan baik. Bagaimanapun, penutup manhole SSTS tersebut telah diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan siasatan.

“PDRM memaklumkan bahawa penutup manhole masih berada dalam keadaan baik, sempurna dan tiada sebarang kecacatan ditemui,” katanya hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan seorang murid lelaki, Abdul Fattah Khairol Rizal berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×