Rayu JKR ambil tindakan segera

Rayu JKR ambil tindakan segera

JALAN besar yang sering berlaku kemalangan di hadapan Surau Al-Wastiyah di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor. – UTUSAN/ ZABRY MOHAMAD MADZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALAN besar di hadapan Surau Al-Wastiyah, Kampung Keliang di Kalumpang, Hulu Selangor sering digunakan oleh penduduk termasuk kanak-kanak, warga emas dan jemaah untuk melintas ke surau.

Disebabkan jalan yang lurus sepanjang kira-kira dua kilometer itu, pemandu kenderaan sering memecut laju.

Akibatnya, keselamatan pengguna khususnya penduduk kampung semakin membimbangkan berikutan berlaku beberapa kemalangan jalan raya termasuk kematian.

Terbaharu pada 5 Januari lalu kira-kira pukul 8.40 malam, dua penduduk Kampung Keliang yang menunggang dan membonceng motosikal maut sebaik sahaja keluar simpang akibat dilanggar sebuah kereta dari arah Tanjung Malim.

Sebelum itu pada 5 Disember 2025, kira-kira pukul 1 tengah hari, seorang penunggang motosikal cedera parah apabila kenderaannya dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Sehubungan itu, saya mewakili penduduk Kampung Keliang merayu pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) agar dapat mengambil tindakan segera dengan memasang lampu isyarat kuning berkelip, lampu jalan dan jalur rentas kuning di hadapan Surau Al-Wastiyah bagi mengelak kemalangan berlaku.

Pemasangan kelengkapan sebegini diyakini mampu memberi amaran kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan masing-masing apabila melalui kawasan berkenaan. – UTUSAN

KULA
Penduduk Kampung Keliang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN