KPKT peruntuk RM59.9 juta projek pembangunan di Cheras

KPKT peruntuk RM59.9 juta projek pembangunan di Cheras

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM59.9 juta bagi melaksanakan 114 projek pembangunan infrastruktur serta tiga program dan kajian khusus di kawasan Cheras bagi tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan berkenaan merangkumi pelbagai inisiatif pembangunan bandar termasuk penyelenggaraan perumahan berstrata, naik taraf kemudahan bomba, pembinaan hentian bas dan laluan pejalan kaki berbumbung.

“Lawatan ini mencerminkan iltizam KPKT untuk terus memacu pembangunan mampan, inklusif dan berimpak tinggi. Kerajaan akan memperkukuh kerjasama rentas agensi agar rakyat memperoleh kemudahan perbandaran yang lebih baik, selesa dan berkualiti,” katanya dalam program lawatan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras hari ini.

Turut serta, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif.

Antara projek yang dilawati termasuk kerja naik taraf tandas, hentian bas dan laluan pejalan kaki di Taman Tasik Permaisuri dengan kos RM645,020, projek Anjung Selera Madani di Jalan Jujur, serta tinjauan di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan. 

Kor Ming turut berkata, keseluruhan inisiatif berkenaan adalah selaras dengan agenda kerajaan bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pembangunan bandar pintar serta penyediaan kediaman yang lebih selesa dan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN