200 tentera Israel mengaku tak sanggup ‘bantai’ rakyat Palestin

200 tentera Israel mengaku kalah, tak sanggup ‘bantai’ rakyat Palestin

PENDUDUK Palestin duduk di atas runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan Israel di Beit Lahia, utara Gaza, pada 29 Oktober lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Semakin ramai tentera Israel kini tampil bersuara menentang konflik berpanjangan di Gaza dan memutuskan untuk berhenti berkhidmat, termasuk bekas pegawai dalam kor perisai, Yotam Vilk.

Vilk mendedahkan imej askar Israel membunuh seorang remaja Palestin yang tidak bersenjata di Gaza terus menghantui dirinya.

Katanya, arahan itu adalah untuk menembak sesiapa sahaja yang memasuki zon penampan Israel tanpa kebenaran.

Beliau melihat sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, tetapi kejadian melibatkan remaja terbabit sukar untuk dilupakan.

Vilk merupakan sebahagian daripada askar Israel yang membantah konflik selama 15 bulan di Gaza dan enggan berkhidmat lagi, dengan alasan mereka melihat atau melakukan perkara yang melanggar etika.

Walaupun gerakan ini masih kecil, sekitar 200 tentera sudah menandatangani surat yang menyatakan keinginan mereka untuk berhenti berperang jika kerajaan gagal mengusahakan gencatan senjata.

Apabila Vilk memasuki Gaza pada November 2023, dia menyangka penggunaan kekerasan pada awalnya mungkin dapat membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan.

Namun, ketika perang berlarutan, Vilk mula menyedari nilai kehidupan manusia semakin hilang.

Tujuh tentera yang enggan meneruskan pertempuran di Gaza memberitahu Associated Press, bagaimana rakyat Palestin dibunuh secara sewenang-wenangnya dan rumah dimusnahkan.

Mereka mendakwa diarahkan untuk membakar atau meruntuhkan rumah yang tidak membawa ancaman, selain menyaksikan tentera merompak dan merosakkan kediaman.

Tentera memberitahu, mereka mengutuk keengganan berkhidmat dan mengambil serius setiap seruan untuk penolakan, dengan setiap kes diperiksa secara individu.

Tentera yang menolak untuk berkhidmat boleh dipenjarakan, tetapi tiada seorang pun yang menandatangani surat itu ditahan.

Kumpulan hak asasi antarabangsa menuduh Israel melakukan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Bagaimanapun, Israel dengan tegas menolak dakwaan genosid dan konon mendakwa sudah mengambil langkah sewajarnya untuk meminimumkan kecederaan awam di wilayah itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×