Tentera Korea Utara didesak keluar dari Russia - Utusan Malaysia

Tentera Korea Utara didesak keluar dari Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kementerian Luar Korea Selatan memanggil Duta Besar Russia berhubung keputusan Pyongyang yang menghantar ratusan tentera bagi menyokong perang Moscow di Ukraine dan mendesak agar pasukan tersebut ditarik balik segera. 

Seoul menyatakan ‘keprihatinan mendalam’ mengenai penghantaran tentera Korea Utara ke Russia, baru-baru ini. 

Negara itu mendesak agar pasukan tersebut ditarik balik segera, kata Timbalan Menteri Luar, Kim Hong-kyun kepada Duta Besar Russia, Georgiy Zinoviev. 

Agensi Perisikan Seoul mengeluarkan imej satelit terperinci yang menunjukkan kumpulan pertama 1,500 tentera khas dari ‘Kor Storm’ Korea Utara yang tiba di Vladivostok dengan menaiki kapal tentera Russia. 

Sementara itu, Kedutaan Russia menegaskan kerjasama antara Russia dan Korea Utara tidak mengganggu kepentingan keselamatan Korea Selatan.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Moscow akan terus mempererat kerjasama dengan sekutu rapatnya itu.

“Korea Utara adalah jiran dan rakan rapat kami. Kami akan memperkukuhkan hubungan dalam semua bidang, dan itu adalah hak kedaulatan kami,” katanya kepada wartawan di Moscow sambil enggan mengulas sama ada Russia ‘mempergunakan’ tentera Korea Utara.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dengan Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte berkata, tindakan ini akan menandakan eskalasi yang signifikan dalam konflik tersebut.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Pyongyang menghantar 10,000 tentera ke Russia dan menyeru reaksi antarabangsa, manakala AS tidak dapat mengesahkan laporan sama ada tentera Korea Utara sedang bertempur.

Sekiranya benar, ia akan menjadi ‘perkembangan yang berbahaya’ dalam perang Russia menentang Ukraine. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN