AI bantu rumus dokumen kes, bukan asas mutlak keputusan

AI bantu rumus dokumen kes, bukan asas mutlak keputusan

Majlis Penutupan Konvensyen AI dan Kehakiman Islam Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem kehakiman syariah berpotensi mempercepat penelitian dokumen dan rumusan fakta kes, namun kebijaksanaan manusia tetap penting dalam membuat keputusan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, cadangan penggunaan teknologi itu antara perkara yang diberi perhatian menerusi 10 resolusi yang dicapai, termasuk keperluan mewujudkan dasar dan polisi berkaitan AI.

Menurutnya, dasar berkenaan penting sebagai panduan kepada mahkamah syariah dalam memanfaatkan AI bagi membantu pengendalian kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“AI ini sebenarnya membantu membuat rumusan daripada banyaknya dokumentasi yang dikumpul dalam satu-satu kes, untuk kita lebih mudah membuat pertimbangan.

“Tetapi, seperti yang saya sebutkan tadi, kita tidak boleh menjadikan itu sebagai jalan akhir,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen AI dan Kehakiman Islam Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.

Marhamah berkata, penelitian terhadap cadangan AI perlu dilakukan secara menyeluruh dalam mengambil kira kesan keputusan terhadap pihak yang terlibat dalam sesuatu kes.

“Kebijaksanaan manusia diperlukan untuk mengimbangi cadangan yang dihasilkan AI, terutama dalam sistem kehakiman syariah negara.

“AI digunakan bagi mempercepat dan melancarkan proses kerja, namun kebijaksanaan manusia tetap penting sebelum sebarang keputusan dan pertimbangan dibuat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini