PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan

PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan

PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mengeluarkan notis berhubung cadangan pembatalan pendaftaran dan perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu.

Bagaimanapun, Hakim Azizan Md. Arshad tidak membenarkan penangguhan sementara penggantungan semua aktiviti gabungan parti Pas, Gerakan, MIPP, Wawasan, dan Pejuang sebaliknya permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk menggantung pelaksanaan notis penggantungan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 22 Oktober ini.

RoS dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telahmengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September lalu mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan pada 22 September 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Notis tersebut dikeluarkan ekoran terdapat aduan rasmi yang dikemukakan oleh Bersatu kepada RoS pada 11 Ogos lalu antara lain membabitkan dakwaan bahawa Bersatu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai selain isu berkaitan kedudukan dan keanggotaan parti itu dalam gabungan berkenaan.

Menurut RoS, notis tersebut tidak membatalkan pendaftaran PN, sebaliknya bagi memberi ruang kepada gabungan berkenaan mengemukakan penjelasan dalam tempoh yang munasabah dan bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melakukan pelanggaran terhadap aturan pertubuhannya sementara proses berkaitan berjalan.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini