Lebih 160,000 kanak-kanak Gaza dapat vaksin polio

Lebih 160,000 kanak-kanak Gaza dapat vaksin polio

PEKERJA UNRWA memberikan vaksin polio dan vaksin virus Rota kepada kanak-kanak di sebuah klinik di kem pelarian Bureij, Gaza Tengah pada 9 September 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan lebih 160,000 kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun di tengah Gaza menerima vaksin polio dalam tempoh dua hari pertama kempen imunisasi dilaksanakan.

Meskipun terdapat jeda sementara yang membolehkan pelancaran kempen vaksinasi kecemasan, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) memaklumkan, keganasan masih berterusan di bahagian lain di Gaza.

“Pengeboman Israel, operasi darat dan pertempuran sengit masih berlaku di beberapa kawasan menyebabkan lebih banyak kematian, pemindahan dan kemusnahan kediaman serta prasarana awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai terpaksa melarikan diri ke kawasan sesak dengan keadaan persekitaran yang sangat daif, menyumbang kepada penularan penyakit akibat kekurangan air bersih dan kemudahan sanitasi,” menurut OCHA.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menganggarkan 74,000 kanak-kanak menerima suntikan vaksin pada Isnin lalu, menjadikan jumlah keseluruhan dalam tempoh dua hari melebihi 160,000.

Kempen vaksinasi selama enam hari ini dimulakan di kawasan tengah Gaza selepas seorang bayi berusia 10 bulan lumpuh separuh badan akibat wabak polio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini