Isaias ragut empat nyawa, 670,000 penduduk bergelap

Isaias ragut empat nyawa, 670,000 penduduk bergelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Empat orang maut selepas Taufan Isaias melanda kawasan pantai manakala kira-kira 670,000 penduduk di Florida, Alabama, Georgia dan Mississippi masih terputus bekalan elektrik ketika ribut itu semakin lemah menjadi siklon pascatropika.

Menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan pemantauan bekalan elektrik, dua daripada kematian itu berpunca daripada pokok tumbang menghempap rumah, lapor media tempatan.

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, pihak berkuasa negeri itu belum menerima sebarang permintaan untuk operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas taufan melanda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, keadaan berbahaya masih berterusan dengan fenomena kenaikan paras air laut akibat ribut, banjir kilat, angin kencang serta risiko puting beliung di beberapa kawasan tenggara Amerika Syarikat (AS), menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

NHC berkata, ancaman puting beliung dijangka berterusan di beberapa kawasan Florida Panhandle, Georgia dan Carolina.

Di Florida, usaha memulihkan bekalan elektrik menjadi keutamaan, manakala lebuh raya, jambatan dan lapangan terbang mula dibuka semula. Pasukan petugas turut menjalankan penilaian kerosakan.

Menurut firma pemantauan PowerOutage.us, kira-kira 420,000 pelanggan di Florida, 190,000 di Alabama, 43,000 di Georgia dan 17,000 di Mississippi masih terputus bekalan elektrik.

Sementara itu, lapor Reuters, satu lagi ribut di Lautan Pasifik dinamakan Rachel bergerak menuju pantai utara California, membawa tiupan angin kencang dan peningkatan paras air laut. Keadaan itu menyebabkan kira-kira 7,000 penduduk di California turut terputus bekalan elektrik.

Agensi Pengurusan Kecemasan Alabama berkatam pokok dan talian elektrik yang tumbang menjadikan perjalanan berbahaya di Houston County, yang turut dikenakan amaran banjir kilat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini