Bapa meninggal, artis itu pula hilang dari ‘radar’ - Utusan Malaysia

Bapa meninggal, artis itu pula hilang dari ‘radar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cerita yang sampai ke telinga Cik Bunga ini, tentang seorang artis wanita yang dikatakan terkilan dia tidak diberitahu tentang kematian ayahnya. Selama in diai tinggal bersama ayahnya itu selepas rumah tangganya berakhir. Ayahnya pula sudah agak lama diuji dengan masalah kesihatan.

Apa yang mengundang tanda tanya, pada hari ayahnyanya menghembuskan nafas terakhir, si anak tidak berada di sisi.

Menurut cerita yang Cik Bunga dengar, jiran dan saudara-mara cuba mencari serta menghubunginya. Telefon pula tidak berjawab. Sudah dicari, sudah dihubungi, tetapi masih tidak dapat dikesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jadi, mahu tidak mahu, urusan terakhir arwah perlu diteruskan oleh ahli keluarga yang ada. Tak akanlah jenazah mahu dibiarkan menunggu lama kerana seorang ahli keluarga belum dapat dihubungi?

Cik Bunga difahamkan, selepas segala urusan pengebumian selesai, barulah artis berkenaan mendapat tahu bapanya sudah meninggal dunia. Lebih menghairankan, dia mempersoalkan orang sekeliling mengapa tidak memberitahunya.

Di sinilah Cik Bunga pun garu kepala. Kalau benar cerita ini, persoalannya, kalau semua orang sudah cuba menghubungi, tetapi telefon tidak berjawab, bagaimana pula orang lain mahu menyampaikan berita tersebut?

Namun begitu, Cik Bunga tidak mahu cepat menghukum. Kita yang mendengar cerita dari luar ini tidak tahu keseluruhan keadaan sebenar. Mungkin ada perkara yang tidak diketahui umum.

Mungkin ada sebab tertentu mengapa dia tidak dapat dihubungi. Sebab itu Cik Bunga kata, jangan terlalu mudah menjadi hakim.

Namun, ada pula cerita lain timbul membuatkan ramai semakin tertanya-tanya. Tidak lama selepas pemergian ayahnya, artis berkenaan sudah rancak mengundang ramai kawan datang ke rumah.

Untuk apa? Cik Bunga pun tidak tahu. Kita husnudzon sajalah. Barangkali hendak mengadakan majlis tahlil untuk arwah ayahnya.

Walau apa pun, Cik Bunga titip Al-Fatihah buat arwah ayah si artis itu. Sementara itu, buat si artis tberkenaan, kita doakanlah supaya banyakkan muhasabah diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini