Jadikah Azrel Ismail ke terokai industri seni Indonesia? - Utusan Malaysia

Jadikah Azrel Ismail ke terokai industri seni Indonesia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bila Cik Bunga ternampak drama yang sudah mencecah ratusan episod di kaca TV, terus teringat pula pada seorang pelakon kita yang pernah berkongsi cerita mengenai tawaran berlakon di Indonesia. Siapa lagi kalau bukan Azrel Ismail.

Ini gara-gara kita tonton drama Terikat Janji yang tengah ‘hits’ di Netflix. Itu sebablah Cik Bunga jadi teringat.

Sebelum ini, Azrel pernah mendedahkan menerima tawaran untuk membintangi sebuah sinetron di Indonesia yang dikatakan boleh mencecah 600 episod.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bukan sedikit itu! Kalau betul menjadi, memang satu pengalaman besar buat pelakon tempatan untuk mengembangkan kerjaya di pasaran seberang.

Malah, Azrel juga pernah memberi bayangan untuk ke Jakarta dan berada di sana bagi tempoh yang agak lama.

Namun, setakat ini Cik Bunga masih nampak Azrel di Malaysia. Jadi, terdetik juga persoalan di hati jadi ke Azrel terbang ke Indonesia? Bila agaknya mahu bermula?

Kalau benar rezeki sudah terbuka luas di Indonesia, Cik Bunga harap Azrel teruskan sahaja langkah tersebut. Jangan takut mencuba, kerana setiap perjalanan baharu pasti ada cabarannya, tetapi mungkin juga di situlah datangnya rezeki dan peluang yang lebih besar.

Sebagai anak seni, apa yang penting terus berusaha, jaga nama baik dan buktikan kemampuan. Pasaran Indonesia pun besar, mana tahu langkah pertama ke sana nanti membuka lebih banyak pintu untuk Azrel.

Jadi, Azrel, kalau benar ada rezeki 600 episod itu, Cik Bunga doakan semuanya dipermudahkan. Teruskan melangkah dan jangan pandang belakang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini