China pantau kapal Jerman di Selat Taiwan - Utusan Malaysia

China pantau kapal Jerman di Selat Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China berasa terancam dengan tindakan Jerman sehari selepas dua kapal tentera Berlin belayar melalui Selat Taiwan.

Jurucakap Tentera China, Li Xi berkata,pihaknya akan memantau dan memberi amaran kepada kapal-kapal tersebut kerana dilihat memberi ‘isyarat yang salah’.

Oleh itu, China menggesa Jerman untuk mengelakkan sebarang campur tangan yang akan menjejaskan hubungan dua hala yang sihat dan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tingkah laku pihak Jerman meningkatkan risiko keselamatan dan menghantar isyarat yang tidak betul.

“Tentera Beijing di kawasan itu akan menangkis semua ancaman dan provokasi dengan tegas,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, mengesahkan kapal Frigat Baden-Wuerttemberg dan kapal bekalan Frankfurt Main telah belayar melalui selat itu.

Kedua-dua kapal terbabit melakukan perjalanan dari Korea Selatan ke Filipina.

“Laluan yang diambil oleh kapal-kapal tersebut adalah laluan paling singkat.

“Ia (kapal) adalah laluan yang paling selamat memandangkan keadaan cuaca dan ini adalah perairan antarabangsa, jadi kami belayar melaluinya (Selat Taiwan),”.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini