Zii Jia kini No.4 dunia, Aaron Wooi Yik kekal No.3

Lee Zii Jia kini No.4 dunia, Aaron Wooi Yik kekal No.3

LEE ZII JIA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia kini berada dikedudukan No.4 dunia selepas ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan badminton Dunia (BWF) hari ini.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik dua anak tangga daripada kedudukan keenam diduduki terdahulu.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah sebelum ini memenangi perlawanan penentuan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen dari India 13-21, 21-16, 21-11.

Dia kemudian meneruskan perjuangan di Terbuka Jepun minggu lalu namun tidak mampu mengekalkan prestasi Paris 2024 apabila tersingkir seawal pusingan pertama di tangan pemain Perancis di ranking ke-20 dunia, Alex Lanier, 18-21, 13-21.

Sementara itu, gandingan gangsa di Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula kekal di ranking No.3 dunia manakala beregu juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani turut kekal di kedudukan ke-12 dunia.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah pula naik satu anak tangga apabila menduduki ranking No.9 dunia manakala beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kekal di kedudukan kesembilan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya