Bunga Raya 15s berpeluang kekal di Divisyen Perdana ARC 2024

Bunga Raya 15s berpeluang kekal di Divisyen Perdana ARC 2025

PRESIDEN Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) (tengah) bersama wakil pasukan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) pada majlis undian kejohanan, di Wisma MOM, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nasib skuad ragbi kebangsaan 15 sebelah (15s) untuk kekal berada di Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2025 jatuh di tangan Sri Lanka sekiranya mereka menolak satu perlawanan cabaran, awal Januari depan.

Ketika ini, nasib skuad ragbi negara dalam keadaan bahaya untuk diturunkan pangkat ke Divisyen Satu selepas menamatkan kempen ARC 2024 di tangga terakhir sejurus tewas kepada Korea Selatan ( 5-55 ), Hong Kong (6-70 ) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (19-62) sekali gus berada di kedudukan tercorot pentas Perdana tahun ini.

Menurut setiausaha agung kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Mohamad Fahmy Abd Jalil berkata Sri Lanka hanya ada tempoh sehingga 31 Julai untuk memberi maklum balas kepada Ragbi Asia bagi perlawanan cabaran terbabit.

“Andai kata Sri Lanka mahu bermain perlawanan cabaran itu, maka Malaysia harus memenangi pertarungan terbabit untuk kekal di divisyen perdana.

“Sebaliknya jika Malaysia tewas, mereka akan turun ke divisyen satu pada ARC musim depan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Undian Kejohanan Ragbi 7 Sebelah (7s) dan Piala Agong 2024, di Wisma MOM, hari ini.

Sri Lanka diberi peluang oleh Asia Ragbi ekoran meraih kejuaraan pada divisyen satu ARC 2024 untuk mencabar Malaysia dalam satu pertemuan bagi menaiki divisyen perdana.

Ahad lalu, Presiden KRM, Amir Amri Mohamad menghadiri mesyuarat majlis Ragbi Asia bagi pertengahan tahun dan keputusan mencapai kata sepakat bahawa Sri Lanka perlu mengemukakan maklum balas sehingga 31 Julai ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fahmy menambah bahawa divisyen perdana ARC 2025 menjadi medan penting buat Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2027.

“Semua sedia maklum bahawa juara ARC 2025 akan layak ke Piala Dunia 2027 secara automatik manakala naib juara akan menentang naib juara benua Afrika,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN