PRK Sungai Bakap: Cuaca cerah, tenang selubungi hari penamaan calon

PRK Sungai Bakap: Cuaca cerah, tenang selubungi hari penamaan calon

BEBERAPA anggota polis dilihat berkawal di sekitar Kawasan penamaan calon sempena PRK bagi kerusi DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Cuaca cerah sejak awal pagi menghadirkan suasana tenang di Dewan Serbaguna Jawi di sini sempena hari penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.

Penyokong bagi kedua-dua parti sama ada dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) juga dilihat tiba seawal 7 pagi ketika laluan utama di Jalan Serindit yang terletak kira-kira 60 meter dari pusat penamaan telah ditutup seawal 11.59 malam tadi.

Selain jalan tersebut, dua lagi jalan yang ditutup ialah jalan susur ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) serta jalan susur ke JKR SPS.

Ketika ini, PH telah menamakan Dr. Joohari Ariffin, 60, daripada PKR untuk mewakili mereka manakala Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56, pula dijangka mewakili Perikatan Nasional (PN).

Meskipun ramai pemerhati melihat PRK DUN Sungai Bakap ini mungkin melibatkan pertembungan satu lawan satu antara calon PH atau Kerajaan Perpaduan dengan PN, ada yang berpendapat kemungkinan ada calon Bebas yang akan bertanding.

PRK DUN Sungai Bakap terpaksa diadakan berikutan kematian Nor Zamri atau lebih dikenali sebagai YB Abang Zam pada 24 Mei lalu akibat penyakit keradangan dalam perut.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal sebelum ini memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas selepas menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN