SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertikai.
Beliau berkata, ini kerana keputusan berkaitan pengampunan Najib bagi kes SRC International Sdn Bhd (SRC) sudah dibuat berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong dan segala persiapan bagi melaksanakannya juga sudah dibuat.
“Persoalan yang berbangkit sekarang ialah kes kedua (1MDB), sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kes itu akan dimuktamad oleh Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) dan badan kehakiman,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL











