Qatar Airways alami gelora udara, lapan cedera dibawa ke hospital

Qatar Airways alami gelora udara, lapan mangsa cedera dibawa ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Seramai lapan individu yang cedera dibawa ke hospital selepas kapal terbang Qatar Airways yang berlepas dari Doha ke Ireland mengalami gelora udara (turbulence).

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, seramai enam penumpang dan enam anak kapal dilaporkan mengalami kecederaan ketika pesawat itu merentasi ruang udara Turki, lapor The Guardian.

Bagaimanapun, pesawat QR017, Boeing 787 Dreamliner itu berjaya mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sebelum pukul 1 tengah hari, pada Ahad.

Pasukan perubatan kecemasan dan pihak polis lapangan terbang memberikan bantuan terhadap mangsa.

Qatar Airways menerusi kenyataan berkata, ‘sebilangan kecil’ penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan semasa penerbangan dan menerima rawatan perubatan.

“Selepas mendarat, pasukan kecemasan, polis lapangan terbang dan jabatan bomba dan penyelamat bergegas merawat mangsa akibat 12 penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan.

“Semua penumpang mengalami kecederaan semasa berada di dalam pesawat, dan lapan mangsa dibawa ke hospital.

“Penerbangan ke Doha semula (QR018) dijadualkan beroperasi seperti biasa walaupun mengalami kelewatan. Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Dublin tidak terjejas dan diteruskan seperti biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya