Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence jadi PM Singapura

Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence jadi PM Singapura

LAWRENCE Wong mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura malam tadi. -CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong selepas menjadi Perdana Menteri keempat Singapura.

Lawrence, 51, mengangkat sumpah di halaman Istana Singapura malam semalam bersama-sama anggota Kabinetnya yang lain.

CHINA

Perdana Menteri China, Li Qiang pada mengucapkan tahniah Lawrence atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri, menurut agensi berita Xinhua.

Li Qiang berkata, sejak 30 tahun lalu sejak penubuhan hubungan diplomatik, Singapura dan China memperdalamkan kepercayaan politik dan kerjasama yang membuahkan hasil dalam pelbagai bidang.

Beliau juga menambah bahawa China amat mementingkan pembangunan hubungan China-Singapura dan menyatakan kesediaannya untuk mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang erat dengan Lawrence bagi menggalakkan kerjasama berkualiti tinggi antara kedua-dua negara.

INDIA

Dalam catatan X, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyampaikan ucapan tahniah kepada Lawrence dan berharap dapat bekerjasama rapat dengannya untuk memajukan lagi perkongsian strategik kedua-dua negara.

MALAYSIA

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Lawrence dalam catatan Facebook, semalam.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Lawrence, pihaknya yakin Singapura akan terus maju dan makmur.

Ahmad Zahid juga berkata bahawa beliau tidak sabar untuk memperdalamkan lagi perkongsian kedua-dua negara dalam bidang seperti pembangunan ekonomi, pendidikan dan perdagangan.

Menteri-menteri Malaysia yang lain seperti Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan tahniah kepadanya.

JEPUN

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengucapkan tahniah kepada Lawrence dan menyampaikan hasratnya untuk bekerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Ini bertujuan untuk ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik Jepun-Singapura pada 2026, kata Kishida dalam surat ucapan tahniahnya, semalam.

UNITED KINGDOM

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dalam perutusan tahniahnya berkata, beliau amat berbesar hati dapat bertemu Lawrence pada mesyuarat Menteri Kewangan G20 dan berharap mereka akan berpeluang bertemu semula secara peribadi tidak lama lagi.

Sunak menyatakan bahawa terdapat potensi besar untuk kedua-dua negara mencapai lebih banyak lagi bersama-sama.

“Saya yakin bahawa bersama-sama kita akan memastikan perkongsian kita memberikan lebih banyak lagi untuk rakyat kita.”

AMERIKA SYARIKAT

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengucapkan tahniah kepada Lawrence dan berkata AS berharap untuk mengukuhkan lagi perkongsian strategik AS-Singapura, menegakkan norma dan piawaian antarabangsa di rantau Indo-Pasifik dan di seluruh dunia.

“Kami juga akan terus memperkukuh hubungan ekonomi, keselamatan, dan rakyat dengan rakyat kami yang kukuh untuk kepentingan rakyat Amerika dan Singapura,” kata Blinken. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×