Kanser Melanoma meningkat di UK - Utusan Malaysia

Kanser Melanoma meningkat di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan kebajikan kanser memberi amaran kepada orang ramai supaya melindungi diri dari sinaran matahari berikutan bilangan kes kanser kulit melanoma yang semakin meningkat di United Kingdom (UK).

Kajian Kanser UK (CRUK) meramalkan terdapat 20,800 kes dikesan tahun ini, berbanding purata tahunan 19,300 kes antara 2020 hingga 2022. 

Analisis itu menunjukkan kadar peningkatan sebanyak satu pertiga antara 2009 hingga 2019 iaitu dari 21 hingga 28 kes bagi setiap 100,000 orang. 

Peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan populasi golongan berusia semakin bertambah dan kesedaran mengenai tanda-tanda kanser kulit. 

Laporan itu mencadangkan sekitar 17,000 kes melanoma setiap tahun adalah boleh dicegah dengan hampir sembilan persepuluh kes disebabkan terdedah terlalu banyak dengan radiasi ultraviolet (UV). 

Melanoma adalah jenis kanser kulit yang paling serius kerana boleh merebak ke bahagian lain di tubuh badan. 

Terdapat juga kanser kulit bukan jenis melanoma yang kebiasaannya kurang serius berbanding melanoma. 

Menurut CRUK, peningkatan kes itu meliputi semua tahap umur, namun peningkatan ketara adalah bagi golongan tua dan menyerang individu berusia 80 tahun ke atas. 

Kes yang dikesan adalah dari 61 kepada 96 kes bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh sedekad.

Terdapat juga kes dalam kalangan dewasa berusia antara 25 hingga 49 tahun. 

Bagi kelompok umur ini, kadarnya meningkat dari 14 hingga 15 orang bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh sama. 

Pakar mendapati golongan muda lebih mengambil berat tentang kesan sinaran UV dan kanser kulit berbanding warga emas. 

Ini bermakna, mereka lebih berjaga-jaga dengan sinaran cahaya matahari berbanding warga emas yang kurang mengetahui tentang bahaya kulit yang menjadi lebih gelap akibat sinaran tersebut. -BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya