Majlis Ulama ingkatkan semula fatwa haram bakar hutan - Utusan Malaysia

Majlis Ulama ingkatkan semula fatwa haram bakar hutan

MAJLIS Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa adalah haram membakar hutan. - MUI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengingatkan semula mengenai Fatwa MUI Bilangan 30 Tahun 2016 bahawa membakar hutan yang mengakibatkan kerosakan dan kesan buruk lain adalah haram.

Ia mengingatkabn semula perkara itu susulan kebakaran hutan dan tanah yang kembali melanda beberapa wilayah di negara itu sehingga memberi kesan serius terhadap kesihatan, ekonomi serta alam sekitar.

“Melakukan pembakaran hutan dan tanah yang boleh mengakibatkan kerosakan, pencemaran alam sekitar, kerugian kepada orang lain, gangguan kesihatan dan kesan buruk lain adalah haram,” menurut Fatwa MUI Bilangan 30 Tahun 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak yang memudah cara, membiarkan atau mengambil keuntungan daripada pembakaran hutan juga dihukum haram.

MUI menegaskan bahawa tindakan membakar hutan demi keuntungan ekonomi merupakan jenayah alam sekitar yang nyata. 

Sehubungan itu, MUI mendesak pihak penguat kuasa undang-undang mengambil tindakan tegas terhadap semua pelaku pembakaran hutan dan tanah tanpa pilih kasih.

Desakan itu terkandung dalam Kenyataan MUI berhubung bencana kebakaran hutan dan tanah di negara tersebut menerusi surat bernombor Kep-112/DP-MUI/X/2026. 

Dokumen itu ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi Umum MUI, KH M Cholil Nafis dan Setiausaha Agung MUI, Buya Dr. Amirsyah Tambunan, di Jakarta pada Ahad.

“MUI meminta pihak penguat kuasa undang-undang bertindak tegas, adil dan tanpa pilih kasih terhadap individu mahupun syarikat yang sengaja melakukan pembakaran hutan dan tanah untuk kepentingan perniagaan,” menurut perkara keempat dalam kenyataan MUI itu, seperti dipetik daripada laman web MUI pada Isnin.

MUI berpendapat perbuatan yang mengakibatkan kemusnahan besar-besaran dan mengancam kelangsungan hidup manusia amat bertentangan dengan prinsip utama hukum Islam.

Eksploitasi alam yang bersifat merosakkan tidak boleh dibenarkan atas apa-apa alasan perniagaan.

MUI turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap bencana kebakaran hutan dan tanah yang berulang di beberapa wilayah di Indonesia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini