JEDDAH: Arab Saudi sedang membuat persiapan untuk menyambut lebih dua juta jemaah haji pada musim ini.
Menurut laporan Gulf News, kedua-dua entiti sektor kerajaan dan swasta sedang bekerjasama untuk memastikan pengalaman yang lancar dan selesa kepada para jemaah ketika mereka menunaikan ibadah haji di dalam serta sekitar kota suci Mekah.
Malah, Kementerian Haji Arab Saudi menugaskan seramai 3,500 kakitangan untuk menampung keperluan jemaah haji yang tiba dan berlepas dari Madinah.
Bandar ini menjalani pengubahsuaian yang ketara dan pemandu pelancong dilantik untuk membantu pelawat di pelbagai tapak bersejarah Islam.
Tahun lalu, kira-kira 1.8 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan haji, menandakan kembali ke tahap pra-pandemik dari segi bilangan.
Manakala pada tahun ini, Arab Saudi melaksanakan strategi baharu untuk jemaah haji dari luar negara, di mana tempat tertentu tidak lagi diperuntukkan kepada negara-negara tertentu.
Sebaliknya, tempat ditetapkan berdasarkan masa kontrak yang dimuktamadkan.










